59: MASA YANG ADA MASA DAN MASA YANG DITENTUKAN |
[Mengenai masa yang ada dan masa yang ditentukan] Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
Seumpama alam semulajadi dalam memberi
kesan kuasanya
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi
ia tidak
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan',
kewujudan Allah tidak akan jadi
Bila kamu adil dengan akar masa daripada
sebelum-masa
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak
ada kesudahan dalam
[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya] Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah
adalah Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang
bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang
mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia!
dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya
sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada
sesiapapun. Allah berfirman,
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya. Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada. Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam. Seandainya kewujudan alam maya ini adalah
daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan
itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak
atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan
itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu
melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini,
dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian. Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya
adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya,
Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah,
as-Samad
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam
Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian
Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan
yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada
apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau
penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana] Kami telah terangkan bagaimana kita wajib
berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan
perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah umpama
hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber.
Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus
dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal
apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila" mengenainya.
Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan
wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia
berfirman,
[Masa: mudah difahami dan terbukti] Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan "masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan. Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang
mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya
minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan
dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa
yang ditentukan" adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil
ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan,
[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal] Rasulullah s.a.w bersabda,
Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan. Jika hari itu yang satu tahun seperti satu
hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita
menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak
lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama
dua puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila
Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu
bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak
rosak.
[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar] Kami telah nyatakan apakah masa itu dan
apakah maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada
banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara
mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan "yang dinomborkan" oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan "zat yang satu (satu jauhar)" membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya' allah, dalam buku ini. "Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar". |
|
|