6: PERMULAAN CIPTAAN ROHANI |
[Mengenai permulaan
ciptaan rohani]
Siapakah yang pertama
wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud?
Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya. Perhatikah kewujudan
yang rapi ini
Perhatikan khalifah-khalifah-Nya
dalam kerajaan mereka
Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang. Ia dikatakan: Ini
adalah hamba kepada makrifat
Melainkan sebahagian
kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia
Mereka adalah hamba
Allah yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Dia,
Dia biarkan mereka
mendapat laba daripada setiap ilmu yang kelam
Pengetahuan yang
terdahulu adalah dalam anasir-anasir sahaja,
Kenyataan bagi kata
penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yang menyerupainya,
Dan pengetahuan mengenai
asbab
Dan penghabisan perkara
yang tiada kesudahan menyaksikan baginya
Ilmu-ilmu mengenai
sfera kewujudan, besar dan kecil,
Ini adalah ilmu orang
yang mengenali penyingkapan mereka,
Segala puiji bagi
Allah yang memiliki segala ilmu
[Keterangan Ringkas] Permulaan ciptaan
adalah habuk (haba') yang halus, dan yang pertama wujud dalamnya ialah
Hakikat Muhammad daripada ar-Rahman. Ia tidak terkandung dalam mana-mana
tempat kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah alam muncul kepada kewujudan?
Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yang diterangkan
sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah ia wujud?
Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Ia
wujud dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat. Mengapa ia wujud? Ia wujud
bagi menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya? Matlamatnya
ialah untuk menjadi campuran yang murni, supaya setiap alam akan mengenali
bahagiannya daripada asal tanpa campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan
hakikat-hakikatnya (ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat
penciptaan), dan mengenali sfera-sfera alam semesta daripada alam ini.
Dalam penggunaan orang sufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis alam
semesta yang kecil, iaitu manusia, adalah roh, punca dan asbab bagi alam
ini. Sfera-sfera alam adalah setesen-setesennya, pergerakan-pergerakan
dan pengasingan kedudukannya. Ini adalah ringkasan yang terkandung dalam
tajuk ini.
[Manusia adalah alam kecil] Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara jasadnya, maka dia tidak boleh diambil kira lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalah layak baginya kerana dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawah penguasaannya, taklukan hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukan hal-hal ketuhanan. Ketahuilah pembentukan
manusia yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat, setiap
manusia berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasana kesaksamaan,
bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanan dengannya.
Jadi, manusia samada beriman atau kufur. Ianya samada kebahagiaan atau
kesengsaraan, sejahtera atau seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih
lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci. Jadi,
fahamkanlah! Bukakan kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki simbol
sesiapa yang cerdik dan ianya adalah ungkapan yang buruk dan memalukan
yang maksudnya adalah elok dan belum pernah berlaku sebelumnya.
[Roh alam semesta adalah alam kecilnya] Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil ini Jika tidak kerana
itu, Dia tidak akan berkata,
"Ruang masa-Ku tidak
seharusnya menghijab kamu tidak juga kebinasaan dan tidak juga kebangkitan.
"Wujud-Ku adalah
dahulu-kala, dan yang baharu adalah kenyataan."
Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang di dalam genggaman-Nya. Daripada ini ia menyatakan
bahawa Aku adalah wujud yang tidak boleh diperhitungkan,
Tidak ada malam seperti
malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Ku
Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal. Istiharkan satu kerajaan
buatku dan kamu akan menemui ku atau orang kebanyakan,
O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu mengetahui, melihat? Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar dan bohong. Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun. Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan. Katakan: Aku lemah,
tidak berupaya, seorang tawanan.
[Huraian secara
lebih panjang lebar mengenai tajuk ini.]
[Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan] Ketahuilah perkara-perkara
yang diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud mutlak
kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbab bagi sesuatu.
Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada Zat-Nya sendiri.
Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-Nya tidak
lain daripada Zat-Nya. Walau bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui,
tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya adalah diketahui. Ini bermakna
sifat-sifat bagi maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai
hakikat Zat adalah tidak mungkin kerana ia tidak diketahui samada melalui
pembuktian atau logik akal dan tidak mampi disentuh oleh huraian. Allah
tidak menyerupai sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana
mungkin sesuatu yang serupa dengan sesuatu serupa juga dengan yang Esa
yang tidak menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan
tentang-Nya ialah
[Hakikat kepada hakikat-hakikat] Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidak dikandung oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya. Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui, tetapi hakikat ini tidak muncul sehinggalah perkara yang dinyatakan olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secara demikian. Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang selain Allah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain daripada dirinya, ia dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia tidak menerima pemecahan, jadi "setiap" dan "sebahagian" tidak boleh digunakan baginya. Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebas daripada bentuk melalui pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat ini melalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawa kita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh masa (zaman). Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita. Begitu juga kamu patut tahu bahawa hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul sebelum alam, tidak juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar bagi kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur (jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan berlaku (Lihat Quran 15:85) dan perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera Meliputi yang mampu diterima oleh akal. Jika kamu katakan ia adalah alam, kamu berkata yang benar. Jika kamu katakan ia bukan alam, kamu juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia adalah yang Haq atau bukan Yang Haq, kamu juga berkata yang benar. Ia menerima semua ini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan 'tiada-hubungan' dengan 'tiada-hubungan'nya bagi Yang Haq. Jika kamu mahukan contoh yang mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan kepada zat kayu pada sekeping papan, kerusi, minbar, kotak dan seumpamanya. Perhatikan juga kepada bentuk empat persegi dan yang seumpamanya dalam bentuk pada segala macam bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaan empat persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-benda tersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan berpecah-pecah). Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan pakaian, permata, kertas, gandum, minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih itu yang nyata pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah keadaannya dengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ini akan membuat kamu memahami alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebar mengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha' al-Jadawil w ad-Dawa'ir. Ada pula yang ketiga
diketahui, iaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakerawala, dan langit
yang dikandunginya, air dan tanah dan alam yang dikandungi antara keduanya.
Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempat yang
diketahui iaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia
ini, yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,
Sesiapa mengetahui
perkara-perkara yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh diketahui
yang dicarinya. Daripada empat yang diketahui itu adalah yang hanya kewujudannya
yang diketahui - Yang Haq, semoga Dia dipersucikan! Perbuatan-Nya dan sifat-Nya
hanya diketahui secara mengadakan perumpamaan. Sebahagiannya diketahui
dengan mengadakan misal - seperti pengetahuan Hakikat Alam. Sebahagiannya
diketahui melalui kedua-dua aspek, dan melalui 'apakah ia' dan 'bagaimanakah
ia': alam dan manusia.
[Bahagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba') Hakikat Muhammad] "Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Dia" (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan kepada Hadis ini, "Dia kini sebagaimana Dia dahulu". Tidak ada nilai yang Dia belum tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia membawa alam kepada wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya. Bila Dia berkehendakkan alam ini wujud dan memulakannya menurut had yang Dia ketahui melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajalli daripada kenyataan 'tiada-hubungan' atau tanzih kepada Hakikat Alam. Hakikat yang terhasil daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba') yang seumpama gipsum yang yang dibentuk oleh pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan sebarang bentuk dan rupa yang dia mahu. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana diceritakan oleh'Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan. Kemudian Allah menyatakan
Diri-Nya melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah menamakannya keseluruhan
yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruh alam maya secara
keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerima daripada-Nya dalam
habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah diperolehinya, seperti
sudut bilik menerima cahaya daripada lampu, dan kekuatan sinarannya dan
penerimaannya bergantung kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allah
berfirman,
Bagi model (misal)
di mana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah pengetahuan
yang bergantung kepada Yang Haq. Allah mengetahui kita dengan pengetahuan
tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada kewujudan menurut apa yang Dia
ajarkan kepada kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jika
perkara itu bukan seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan,
bukan disengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya. Adalah
mustahil rupa bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja. Jika
ianya bukan demikian bentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh Allah dan
dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa kita kepada kewujudan atasnya,
dan rupa bentuk ini tidak akan diperolehi daripada yang lain kerana ternyata
bahawa Allah "telah ada Dia dan tiada sesuatu beserta Dia". Jadi yang tinggal
ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalam Diri-Nya. Dia mengetahuinya
sendirinya. Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita. Misal kita, yang
sama dengan ilmu-Nya mengenai kita, adalah diluar kandungan masa dengan
di luar kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah sifat-Nya, dan yang
terkandung oleh masa tidak bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk
yang demikian!
[Matlamat alam maya] Sebagaimana kenyataan
kami, "Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?" jawapannya
Allah berfirman,
[Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata] Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari kalangan mereka yang berpegang kepada pemnyelidikan dan pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil, yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memiliki pertimbangan terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang benar. Perkara itu adalah demikian bagi kami memandangkan keseluruhan alam maya ini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan melalui kekeramatan yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami mengenai ini. Bagaimanapun mereka mengatakan, "Ini adalah benda yang tak bernyawa yang tidak boleh berfikir". Mereka berhenti pada apa yang pandangan mereka ceritakan kepada mereka. Menurut kami, kedudukannya berbeza daripada yang demikian. Bila dikhabarkan
kepada Rasulullah s.a.w mengenai batu bercakap, atau biri-biri atau batang
kayu, mereka katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanya ketika
itu. [1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia
adalah rahsia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua
"yang mendengar seruan muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi
baginya" [Ibn Majah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan daripada
pengetahuan. Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada kami, bukan
melalui pemikiran orang yang melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh maklumat
yang kelihatan dan tidak lebih dari itu. Sesiapa yang mahu memperolehinya
haruslah mengembara pada jalan Sufi dan berpegang kepada khalwat dan zikir.
Kemudian Allah akan memperkenalkannya dengan semua ini secara langsung.
Jadi dia akan tahu bahawa manusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat
ini.
[Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama] Allah membawa alam
maya kepada kewujudan bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa
bahan kekuasaan, kemurahan tanpa kurniaan, pemberi tanpa pemberian, penolong
tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yang dikasihankan adalah hakikat
yang kosong daripada kesan. Allah jadikan makhluk dalam alam ini campuran
seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat. Kemudian Dia asingkan
individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggam memasuki genggam
yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengan saudaranya, tetapi keadaannya
tidak diketahui. Ahli fikir berbeza dalam kebolehan mereka dalam mengeluarkan
kecacatan daripada kebaikan dan kebaikan daripada kecacatan. Matlamatnya
ialah penyucian daripada campuran tersebut dan membezakan dua genggaman
tersebut sehingga yang satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah seperti
firman Allah,
Sesiapa yang ada dengannya sebahagian daripada campuran itu ketika dia meninggal dunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada Hari Kebangkitan. [Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40: 44:55, tetapi terutamanya, 27:89.] Walau bagaimanapun, sebahagian manusia bebas daripada campuran ini dihisabkan, dan sebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam. Bila dia sudah dipersucikan, dia keluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke dalam salah satu genggaman di sini, dia akan berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan dan Jahim. Dia sudah dipersucikan. Ini adalah penjelasan
mengenai matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang
menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalam zat-Nya
(seperti dua kami). Dari sini kami katakan golongan ahli neraka menyaksikan-Nya
sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai Yang Merahmati.
Ini adalah rahsia yang mulia. Mungkin kamu akan memperolehinya pada tempat
tinggal akan datang secara penyaksian, Insya' Allah. Mereka yang arif memperolehinya
dalam dunia ini.
[Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang seumpamanya pada manusia] Mengenai apa yang kami katakan dalam tajuk ini berkenaan sfera alam besar dan alam kecil iaitu manusia, dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dan golongannya. Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain. Saya jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang satu adalah salinan kepada yang satu lagi. Kami berikan kepada mereka lakaran dalam bentuk sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha' ad-Dawa'ir wa'l-Jawadil yang kami mulakan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga kami, semoga Allah merahmatinya! Dalam tajuk ini kami masukkan ringkasan mengenai apa yang bersangkutan dengannya. Kami katakan alam ini empat: alam langit, iaitu alam yang bergerak; alam perubahan, iaitu alam pemusnahan; kemudian alam kehidupan iaitu alam yang bergerak dan musnah; dan alam asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar, iaitu yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, iaitu manusia. Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy Yang Meliputi yang persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yang persamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang persamaan dalam manusia ialah hati. Ada pula malaikat yang persamaannya dalam manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya, yang persamaannya pada manusia ialah bakat ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yang persamaannya pada manusia ialah bakat mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga Mars dan bulatannya yang persamaannya pada manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada juga matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikir dan bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian ada bulan dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan indera dan anggota yang ada daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan persamaannya dalam manusia. Alam perubahan termasuk bulatan ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api dan persamaannya pada manusia ialah cecair perang kekuningan yang rohnya ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas dan basah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah air liur.Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang rohnya sejuk dan kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan menyimpan. Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah putih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak, daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang. Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang persamaannya adalah bakat-bakat pada manusia. ia termasuk alam haiwan yang persamaannya apa yang ditangkap oleh deria pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apa yang tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yang persamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia. Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih, warna-warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada pula "bagaimana" yang persamaannya ialah keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada "berapa banyak" yang persamaannya "peha lebih panjang daripada lengan". Kemudian ada pula "di mana" yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kaki sebagai tempat bagi peha. Kemudian ada "masa" yang persamaannya "saya gerakkan kepala saya pada ketika tangan saya bergerak". Kemudian ada pula perbandingan (idafa) yang persamaannya ialah "Ini bapa saya, maka saya anaknya". Ada pula tempat yang persamaannya ialah "bahasa saya dan loghat saya". Ada pula kata-kerja yang aktif yang persamaannya ialah "Saya sudah makan". Ada pula kata-kerja yang pasif yang persamaannya ialah "Saya sudah kenyang". Sebahagiannya mempunyai bentuk yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah, keldai, singa dan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang menerima bentuk makna yang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan. "Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu bodoh maka ia adalah keldai. Yang ini pula berani maka ia adalah singa. Yang itu pula penakut maka ia adalah lipas". "Allah katakan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus" (33:4) [1] Merujukkan kepada
hadis tertentu daripada Nabi s.a.w
|
|
|