7: PERMULAAN JASAD MANUSIA |
Permulaan Jasad
Manusia
[Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan] Hakikat dalaman manusia
tumbuh
Kemudian zatnya bersemayam
di atas singgahsana Adam
Hakikat jasadnya
muncul dalam bentuk asalnya,
Pengenalan ilmunya
lahir dalam kenyataannya
Maka mimpinya menjadi
remeh-temeh lantaran pengetahuannya
Mereka mencari kehampiran
Allah dalam Malakut-Nya
[Kejadian alam yang didiami] Ketahuilah! Semoga
Allah membantu kamu! - masa didiami alam semulajadi ini yang dikongkong
oleh masa dan dikandung oleh ruang adalah 71,000 tahun yang diketahui dalam
dunia ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada hari-hari nama-nama
yang lain. Dan satu dua perlima hari daripada hari-hari Pemilik Pendakian.
Ada berbagai-bagai jenis hari. Allah berfirman,
[Pergerakan asas dan pergerakan permukaan sfera] Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan permukaannya. Setiap sfera di bawahnya ada dua pergerakan pada pergerakan yang sama: pergerakan asas dan pergerakan permukaan. Setiap pergerakan asas pada setiap sfera mempunyai hari tertentu berlaku daripada Sfera Yang Meliputi yang dinyatakan dengan firman-Nya, "menurut kiraan kamu". Semuanya melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana ia melintasinya secara keseluruhannya, harinya menjadi kepunyaannya dan lakarannya berpusing. Hari yang paling singkat ialah 28 hari "menurut kiraan kamu". Ia adalah ukuran lintasan pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi. Allah dirikan tujuh
planet di langit supaya pandangan manusia boleh menyaksikan lintasan
sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi
[Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz] Ketahuilah Allah
kemudiannya menciptakan Qalam dan Loh Mahfuz dan memanggilnya Akal dan
Roh. Dia kurniakan kepada Roh dua sifat: sifat ilmu dan sifat amal atau
perbuatan. Dia menjadikan Akal sebagai pengajar dan menyampaikan secara
menggunakan penyaksiannya, seperti keadaan memotong daripada bentuk pisau
tanpa ia mengatakan apa-apa mengenainya. Allah ciptakan unsur (jauhar)
tanpa diri iaitu Roh yang telah diceritakan yang dipanggil habuk
(debu). Ini adalah istilah yang sampai kepada kita daripada 'Ali ibn Abi
Talib.
[Penciptaan habuk (haba')] Habuk disebut dalam
bahasa Arab. Allah berfirman,
[Empat peringkat di antara Roh dengan Habuk] Allah mengadakan empat tahap di antara Roh ini yang dinyatakan oleh dua sifat tersebut dan habuk itu. Dia jadikan setiap peringkat sebagai satu tahap bagi empat malaikat. Dia melantik malaikat-malaikat ini sebagai penjaga kepada apa yang Dia keluarkan pada alam di bawah mereka, daripada 'Illiyun' hingga ke "yang paling bawah". Dia kurniakan kepada setiap malaikat ini pengetahuan yang perlu di bawa ke dalam alam. Yang pertama Allah
bawa kepada kewujudan dalam bentuk asal yang berhubung dengan ilmu dan
pentadbiran malaikat-malaikat ini ialah Badan Sejagat (Universal). Bentuk
pertama yang Allah bukakan dalam badan ini ialah bentuk sfera (seperti
bola) kerana ia adalah bentuk yang terbaik. Kemudian Allah membawanya kepada
kewujudan dengan kesempurnaan gubahan, dan jadikan semua yang Dia ciptakan
di bawah penjagaan malaikat-malaikat ini. Dia amanahkan kepada mereka urusan
berkenaan dalam dunia ini dan juga akhirat dan memeliharanya daripada melanggar
apa yang Dia perintahkan kepada mereka. Dia menceritakan kepada kita bahawa
mereka,
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)] Kemudian Dia selesai
menciptakan bahan-bahan yang tidak bernyawa, tumbuh-tumbuhan dan haiwan
pada akhir 71,000 tahun dunia yang kamu hitung dan aturkan dunia ini dalam
keadaan yang paling rapi. Daripada ciptaan yang pertama hinggalah yang
terakhir, iaitu haiwan, Dia tidak menggunakan kedua-dua tangan-Nya dalam
ciptaan apa sahaja kecuali manusia. Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad.
Segalanya kecuali untuk itu Dia ciptakan daripada perintah Ilahi atau dengan
sebelah tangan. Allah berfirman,
[Sfera paling rendah dan Buruj Dua Belas (zodiak)] Bila Allah ciptakan
sfera yang paling rendah, iaitu yang pertama dinyatakan di atas, Dia membahagikannya
kepada 12 bahagian dipanggil "Buruj". Allah berfirman,
[Alam semulajadi dan empat anasir] Alam semulajadi pada
satu bahagian daripada empat bahagian itu ialah panas dan kering; keduanya
sejuk dan kering; ketiganya panas dan basah; dan keempatnya sejuk dan basah.
Dia jadikan bahagian kelima dan kesembilan seperti bahagian yang pertama,
yang keenam dan kesepuluh seperti yang kedua, yang ketujuh dan kesebelas
seperti yang ketiga, dan yang kelapan dan kedua belas seperti yang keempat
dalam keadaan semulajadinya. Jadi Allah isikan badan semulajadi menurut
perbezaan, dan badan anasir tanpa perbezaan, dalam yang empat ini iaitu:
panas, sejuk, kering dan basah. Walaupun mereka empat acuan, Allah jadikan
dua daripadanya sebagai asas kepada kewujudan dua yang lain. Haba mengeluarkan
kekeringan dan sejuk mengeluarkan kebasahan. Ini dinyatakan oleh Allah
dengan firman-Nya,
[Al-Falak al-Atlas] Bila Allah ciptakan sfera yang pertama ini, ia berpusing dengan lakaran yang penghujungnya hanya Allah sahaja mengetahuinya kerana tiada badan terhad di atasnya untuk melintasinya. Ia adalah badan tipis (jarang) yang pertama. Pergerakan menurut perkiraan dan dijadikan jelas. Allah tidak ciptakan apa-apa dalamnya. Kemudian pergerakan menjadi jelas dan berakhir pada sesuatu yang berada di dalamnya. Jika tidak demikian, pergerakan di dalamnya tidak akan menjadi jelas samasekali kerana tidak ada planet dalam al-Falak al-Atlas, dan ia menyerupai dirinya sendiri. Jadi ukuran satu pergerakan dalamnya tidak diketahui dan tidak juga ditentukan. Sekiranya ada sebahagian daripadanya di dalamnya ia adalah berbeza daripada bahagian yang lain, maka tanpa keraguan pergerakannya akan dikira dengannya. Tetapi Allah mengetahui ukurannya, akhirannya dan ulangannya. Hari terjadi daripada pergerakan itu. Di sana tidak ada malam atau siang pada hari itu. Kemudian perjalanan
sfera ini berterusan dan Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan kepada
16 malaikat yang telah kami nyatakan. Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat.
Malaikat-malaikat ini termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.
Kemudian Dia ciptakan 974 malaikat dan tambahkan mereka kepada golongan
malaikat yang telah kami nyatakan. Dia bukakan kepada mereka dan perintahkan
mereka menurut bakat mereka yang Dia ciptakan. Mereka berkata,
[Penciptaan Kediaman yang paling hampir] Bila pergerakan sfera
ini, yang tempuhnya 54,000 tahun menurut kiraan kamu, sudah lengkap, Allah
jadikan dunia ini dan tentukan baginya ketentuan yang jelas yang mana ia
akan berakhir dan bentuknya akan terhapus. Ia akan ditukarkan daripada
menjadi tempat kediaman kita dan menerima bentuk tertentu, iaitu apa yang
kita lihat hari ini, kepada
[Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas] Allah jadikan sfera
ini sebagai bumbung Syurga. Kita panggilnya Arasy yang pergerakannya tidak
khusus dan tidak juga jelas. Pergerakannya berterusan, tiada kesudahan.
Tidak ada ciptaan yang telah kami nyatakan diciptakan tanpa matlamat kedua,
iaitu menghubungkan dirinya kepada kewujudan manusia yang menjadi Wakil
Raja dalam dunia ini. Saya katakan "matlamat kedua" kerana matlamat pertama
penciptaan ialah mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya kerana inilah
tujuan seluruh alam maya diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang meninggikan
puji-pujian-Nya. Makna matlamat kedua dan pertama ialah hubungan kehendak,
bukan dalam ruangan masa berkehendak, kerana kehendak Allah adalah sifat
mutlak sebagaimana Zat-Nya di ceritakan seperti juga semua sifat-sifat-Nya.
[Pegerakan langit dan Pegerakan bumi] Kemudian Allah ciptakan
sfera-sfera ini dan langit-langit, dan mengilhamkan kepada setiap langit
dengan perintah-Nya dan mengaturkan cahaya-cahaya dan lampu-lampu di dalamnya,
dan mengisikannya dengan para malaikat dan menjadikannya bergerak. Jadi
semuanya bergerak kerana mentaati Allah, datang kepada-Nya, mencari kesempurnaan
kehambaan yang layak bagi masing-masingnya, kerana Allah perintahkan kepada
langit dan bumi, "Datanglah dengan rela atau terpaksa"
dengan perintah yang ditujukan kepada mereka. Mereka menjawab, "Kami
datang dengan rela". Jadi, mereka terus menerus datang dan
terus bergerak, sekalipun pergerakan bumi tersembunyi daripada kita. Ia
bergerak mengelilingi pusat kerana ia berpusing. Bagi langit pula, ia datang
dengan rela apabila Allah perintahkan. Bumi datang dengan rela apabila
ia mengetahui akan dipaksa dan Allah mesti membawanya bila Dia berfirman,
"atau
dengan terpaksa". Itulah yang dimaksudkan dengan firman-Nya,
"atau
dengan terpaksa". Ia datang dengan rela secara terpaksa!
[Penciptaan bumi dan ketentuan makanan padanya] Allah ciptakan bumi
dan tentukan makanan padanya menurut bahan-bahan keluarannya. Dia sediakan
khazanah bagi keperluan pemakanan mereka. Kami telah sentuh mengenai aturan
pembentukan dunia dalam buku al-'Aql al-Mustawfir. Sebahagian daripada
ketentuan makanannya ialah kewujudan air, udara dan api, begitu juga apa
yang dikandungi sebagai wap, awan, kilat, guruh, dan kesan-kesan daripada
langit.
[Penciptaan manusia] Dan kemudian Kerajaan
siap disusunkan dan disediakan, namun tidak ada makhluk yang mengetahui
daripada jenis apakah Wakil Raja itu akan diwujudkan, sedangkan demi kewujudannya
Allah sediakan kerajaan ini. Apabila masa yang ditentukan menurut ilmu-Nya
sampai bagi mengwujudkan Wakil Raja tersebut, 17,000 tahun sesudah dunia
ini didiami dan 8,000 tahun selepas alam kemudian, yang tidak ada kesudahan,
didiami, Allah perintahkan malaikat membawakan segenggam tanah yang berbagai-bagai
jenis daripada bumi. Berbagai-bagai kisah yang panjang diceritakan mengenai
perihal malaikat mengambil tanah tersebut. Allah mengambilnya dan mengulinya
dengan tangan-tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya,
Allah mengamanahkan
setiap malaikat yang telah disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia berfirman,
Dia amanahkan keseluruhannya dalam tanah liat Adam, dan gabungkan yang bertentangan di dalamnya secara prinsip anggaran. Dia bentuknya atas pergerakan lurus, dan ia di bawah penguasaan Virgo. Dia jadikan enam arah baginya: atas, iaitu yang melepasi kepalanya, bawah yang bertentangan dengannya iaitu di bawah kakinya, kanan yang berada di sebelah bahagiannya yang kuat, dan kiri yang bertentangan dengannya yang disebelah bahagiannya yang lemah, hadapan ialah yang sebelum mukanya, dan belakang yang bertentangan iaitu yang di belakang tengkuknya. Dia bentukkan, seimbangkan dan susunkannya. Kemudian Dia tiupkan daripada roh-Nya kepadanya. Bila ia sudah ditiupkan kepadanya, apabila ia menjalar ke seluruh bahagian tubuhnya, empat perkara muncul . Empat perkara itu ialah: cecair kuning (hempedu), cecair hitam, darah dan air liur. Cecair kuning dari
anasir api yang daripadanya ia dijadikan, firman-Nya,
Bagi penyebaran wap dan pembahagian darah di dalam urat daripada hati dan setiap bahagian haiwan, ia dengan kuasa penarikan, bukan kuasa pembuangan. Bahagian kuasa pembuangan hanya apa yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan buangan. Kemudian Allah datangkan kuasa memberi makan, membesar, deria-deria, imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan ingatan. Semuanya ini dalam manusia sama sahaja dengan yang dalam haiwan, tidaklah meletakkannya pada taraf manusia melainkan kerana empat kebolehan: kebolehan imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan daya ingatan. Kebolehan ini lebih kuat dalam manusia daripada dalam haiwan. Kemudian Dia kurniakan
kepada manusia bakat atau kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan akal,
dan ini menjadikannya berbeza daripada haiwan. Dia letakkan sekalian bakat-bakat
ini pada jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir memperolehi segala
manfaat daripadanya.
Kemudian Allah tidak
menamakan Diri-Nya dengan sebarang nama tanpa meletakkan sebahagian daripada
sifat nama tersebut kepada manusia sebagai bahagian yang daripada-Nya yang
menyata dalam dunia menurut apa yang wajar baginya. Kerana itulah ada orang
yang memahamkan perkataan Rasulullah s.a.w, "Allah ciptakan manusia dalam
rupa-Nya" sebagai membawa maksud ini. Dia hantarkan manusia sebagai Wakil
Raja iaitu wakil-Nya di bumi kerana bumi merupakan sebahagian daripada
alam perubahan dan pertukaran, yang bertentangan dengan Alam Tinggi. Pengadilan
berlaku di kalangan penghuni bumi menurut perubahan yang berlaku pada alam
langit. Dengan demikian prinsip-prinsip bagi semua nama-nama Ilahi menyata.
Maka Adam lebih tepat merupakan khalifah di bumi daripada di langit dan
syurga. Di sana apa yang Dia perintahkan adalah: pengetahuan Nama-nama,
sujudnya malaikat-malaikat, dan keingkaran iblis sebagaimana yang akan
dibicarakan pada bahagian yang sesuai nanti, Insya' Allah.
[Jasad manusia dan jenisnya] Tajuk ini dikhususkan untuk membicarakan tentang permulaan jasad manusia. Ada empat jenis: jasad Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan jasad keturunan Adam. Setiap jasad ini berbeza daripada pembentukan jasad-jasad lain menurut hukum sebab musabab, sekalipun bersamaan dalam bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami katakan ini, dan membicarakan mengenainya agar akal yang lemah tidak terdorong untuk membayangkan kuasa Ilahi atau hakikat sebagai tidak cukup berkuasa, dan menganggapkan bahawa makhluk bangsa manusia ini muncul daripada hanya satu penyebab yang zatnya memperkenankan pembentukan ini. Allah menyangkal keraguan ini lantaran pembentukan manusia ini muncul pada Adam dengan cara yang ia tidak muncul pada Hawa; jasad Hawa muncul melalui perantaraan yang jasad Adam tidak muncul melaluinya; dan jasad keturunan Adam muncul melalui cara yang jasad Isa tidak melaluinya. Setiap daripada semua ini dipanggil manusia menurut istilah. Ianya begitulah seharusnya diketahui bahawa Allah mempunyai ilmu mengenai segala perkara dan bahawa Dia berkuasa berbuat apa sahaja. Kemudian, Allah gabungkan
semua empat jenis makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-Hujurat (49:13)
Dia berfirman,
[Jasad Adam dan jasad Hawa] Kemudian jasad Adam
muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan untuk berkahwin.
Allah sudah mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan perkahwinan
dalam kewujudan ini. Perkahwinan pada tempat ini adalah bagi kesinambungan
kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk
Adam yang paling kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat
yang lebih rendah daripada lelaki seeprti firman Allah,
[...cinta Adam dan cinta Hawa] Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa. Allah gubahkan dalam
tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam.
Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan
daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang
kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan
tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada
roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata,
mengambil tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan
Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa adalah "pakaian Adam dan Adam pakaian
Hawa" Allah berfirman,
[Kejadian jasad jenis ketiga] Kemudian Adam menutupi
Hawa dan menuangkan air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu,
darah haid yang Allah tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad
itu terbentuk jasad ketiga yang berbeza daripada cara pembentukan jasad
Adam dan Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan
di dalam kandungan itu seperingkat demi seperingkat dengan perubahan daripada
air mani kepada darah beku kepada segumpal daging kepada tulang. Kemudian
Allah pakaikan daging kepada tulang. Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap,
Dia bentukkan makhluk lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya.
Sekiranya bukan kerana
terlalu panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan
seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi
pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu
perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan,
perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak
ada orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi
Allah! Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang
Dia kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam
satu perkara berbanding dengan perkara lain.
[Kejadian jasad Isa] Pengkaji haiwan dan
tumbuh-tumbuhan mengatakan mani perempuan tidak mempunyai apa-apa yang
dibentuk daripadanya - walaupun janin yang dalam kandungannya datang daripada
mani lelaki. Oleh yang demikian kami jadikan pembentukan Isa sebagai pembentukan
yang lain, sekalipun peraturannya di dalam kandungan menyamai peraturan
bagi jasad-jasad bayi yang lain. Kejadian jasad Isa adalah daripada mani
perempuan kerana Roh zahir kepadanya tanpa menyalahi peraturan, atau ianya
daripada tiupan nafas tanpa air. Jasad Isa adalah jasad jenis keempat,
yang berbeza cara kejadiannya dengan jasad-jasad yang lain. Allah berfirman,
Isa tidak berada
dalam kandungan Maryam selama tempuh kandungan biasa. Pembentukannya berlaku
dengan cepat kerana Allah berkehendak menjadikannya sebagai tanda bagi
manusia dan menjadikannya sebagai penafian kepada anggapan mereka yang
berpegang kepada hukum alam yang biasa, tidak dengan kejadian yang rahsia
dan ajaib yang Allah pertaruhkan dalamnya. Sebahagian mereka yang berakal
merumuskan hal ini sebagai hukum alam dan berkata, "Kami hanya tahu apa
yang Engkau beritahu, dan ia mengandungi perkara-perkara yang kami tidak
tahu".
[Manusia di bumi seperti akal di langit] Inilah sebabnya kami nyatakan permulaan kejadian jasad manusia dan kenyataan bahawa terdapat empat jenis jasad yang terbentuk secara berbeza dan manusia merupakan kejadian yang paling akhir. Maka ia adalah seumpama akal dan berhubungan dengannya kerana kewujudan ini adalah bulatan. Permulaan bulatan ialah kewujudan Akal Awal seperti yang dinyatakan dalam hadis: "Yang pertama Allah ciptakan ialah Akal". Ia merupakan jenis pertama. Kejadian berakhir pada jenis manusia, maka bulatan menjadi lengkap dan manusia dihubungkan degan akal, sebagaimana titik akhir bulatan disambungkan dengan awalnya. Begitulah keadaannya. Di antara dua hujung bulatan itu adalah semua jenis atau bangsa yang Allah ujudkan dalam alam ini, di antara Akal Awal, iaitu Qalam, dan manusia, iaitu kejadian terakhir. Kemudian garisan muncul daripada titik yang berada di tengah-tengah bulatan kepada garis lengkung bulatan yang muncul daripadanya, dan muncul bersamaan pada setiap bahagian garis lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah dengan semua yang wujud. Ia adalah hubungan yang sama. Perubahan tidak berlaku sama sekali. Semua perkara bergantung kepada-Nya dan menerima apa yang Dia kurniakan seperti bahagian garis lengkung bergantung kepada titik pusat. Allah binakan bentuk manusia secara pergerakan lurus seumpama bentuk kayu pemyokong kepada khemah. Dia jadikan manusia sebagai penyokong bumbung langit. Allah menahannya daripada jatuh kerananya. Jadi manusia adalah seumpama kayu penyokong khemah. Bila bentuk manusia ini dihapuskan, dan tiada seorang manusia yang masih ada di muka bumi, maka langit pun runtuh, pada hari itu ianya akan jatuh kerana kayu penyokongnya iaitu manusia sudah terhapus. Kemudian kehidupan
akan berpindah ke Alam Kemudian kerana manusia sudah berpindah ke sana.
Dunia ini akan menjadi satu keruntuhan disebabkan manusia telah meninggalkannya.
Jadi kita ketahui dengan jelas bahawa manusialah yang menjadi tujuan diwujudkan
dunia ini dan manusialah khalifah-Nya yang sebenar dan manusia itulah bekas
yang menyatakan nama-nama Ilahi. Manusia membawa bersamanya semua hakikat-hakikat
alam - malaikat, sfera (cakerawala), tubuh, alam semulajadi, bahan-bahan
galian dan haiwan. Ini adalah menurut apa yang hanya diberikan kepadanya
daripada pengetahuan tentang nama-nama Ilahi, sekalipun saiz dan jisimnya
yang kecil. Allah berfirman,
[Ujian bagi Manusia yang paling utama (al-Insan al-Akbar)] Walau bagaimanapun, Allah menguji manusia dengan ujian yang tidak dikenakan kepada makhluk yang lain, samada Dia akan jadikannya bahagia atau Dia akan jadikannya celaka menurut apa yang Dia benarkan dia menggunakannya. Ujian yang Dia gunakan bagi menguji manusia ialah Dia jadikan pada manusia itu bakat atau kebolehan berfikir dan jadikan bakat ini berkhidmat kepada bakat lain yang dinamakan akal. Dia jadikan akal, seklipun ia tuan kepada fikiran, mengambil apa yang fikiran berikan kepadanya. Dia tidak berikan kepada fikiran sebarang bidang kecuali kebolehan berimaginasi. Dia jadikan bakat imaginasi sebagai bekas yang mengumpulkan apa yang bakat-bakat pancaindera berikan kepadanya. Dia juga berikan kepadanya bakat yang dinamakan pemahaman. Jadi dalam bakat imaginasi, tidak ada apa yang diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh deria atau apa yang bakat pemahaman berikan. Anasir pemahaman datangnya daripada benda-benda yang berhubung dengan deria. Ia mengumpulkan bentuk-bentuk yang tidak ada sumber, sekalipun semua bahagiannya wujud dalam deria. Itu kerana akal dijadikan bersih tanpa tipudaya dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran diberitahukan, "Bezakan di antara yang benar dan yang salah yang ada dalam bakat imaginasi ini." Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada. Ia mungkin memperolehi keraguan dan ia juga mungkin menemui pembuktian tanpa ia mengetahui yang demikian, sekalipun ia mengakui yang ia mengetahui bentuk keraguan daripada pembuktian. Ia memperolehi pengetahuan sementara ia tidak mengambil kira kekurangan anasir yang ia jadikan asas perolehan pengetahuannya. Akal menerima daripadanya dan membuat keputusan dengannya. Jadi kejahilannya boleh jadi lebih besar daripada pengetahuannya. Kemudian Allah perintahkan
akal supaya mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-Nya, tidak kepada
sesuatu yang lain. Akal memahami yang bertentangan daripada apa yang Yang
Haq kehendaki daripadanya, bila Dia berfirman,
Sekiranya saya ketahui jika mereka telah berkata, "Ya, bahkan!" dengan pemikiran mereka bila Allah bawakan mereka mengaku dengan diri mereka [terhadap ketuhanan Allah sebelum mereka diciptakan] di dalam genggaman keturunan anak-cucu Adam! Dia buat mereka mengakui demikian bila Dia mengambil mereka daripada pinggang-pinggang mereka adalah lantaran kekhuatiran. Walau bagaimanapun, bila mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka mengenai makrifat Allah, mereka tidak bersetuju sama sekali walaupun kepada satu keputusan mengenai makrifat Allah. Setiap kumpulan menubuhkan pengajiannya sendiri, dan kenyataan mereka mengenai kehadiran Ilahi yang dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini bertindak terlalu berani terhadap Allah. Semua ini menjadi sebahagian daripada ujian yang kami katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia. Ahli Allah memerlukan
Allah dalam mempercayai-Nya yang Dia pertanggungjwabkan kepada mereka mengenai
makrifat-Nya. Mereka mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada mereka
ialah mereka merujuk kepada-Nya dalam hal tersebut, dan dalam segala hal.
Sebahagian daripada mereka berkata, "Maha Suci Dia yang tidak mengadakan
jalan untuk mengenali-Nya melainkan ketidakupayaan untuk mengenali-Nya!"
Ada yang berkata, "Ketidakupayaan mencapai pengertian itulah pengertian".
Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku tidak berupaya menghitung puji-pujian-Mu!"
Allah berfirman,
Iaitu yang manusia
berakal berhutang budi kepada Allah lantaran dirinya mengetahui bahawa
Allah berkuasa berbuat apa sahaja, mungkin atau mustahil - dan bukan segalanya
mustahil. Dia memiliki kuasa yang berkesan dan kurniaan yang melimpah.
Tidak ada ulangan pada apa yang Dia bawa kepada kewujudan - lebih tepat
perkara yang serupa berlaku dalam anasir yang Dia bawa kepada kewujudan
dan inginkan kesinambungan. Jika demikian kehendaknya, ia akan dihapuskan
dengan tiupan.
|
|
|