13: PENANGGUNG ARASY |
[Mengenai Penanggung Arasy] Dengan Allah, Arasy
menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya -
Apakah kuasa yang
ada pada makhluk dan apakah kekuatannya
Tubuh dan roh dan
makanan serta kedudukan
Itulah Arasy, seandainya
engkau ketahui kemuliaannya!
Mereka berlapan,
dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat,
Muhammad, kemudian
Ridwan dan Malik, Adam
Diikuti oleh Mikail
dan Israfil. Hanya lapan di sini -
[Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab] Semoga Allah membantu
wali-Nya! Ketahuilah dalam bahasa Arab singgahsana membawa maksud sesuatu
yang menunjukkan kepada kewujudan kerajaan. Dikatakan, "Singgahsana raja
diruntuhkan," bila berlaku kekacauan di dalam kerajaannya. Singgahsana
(takhta) juga membawa maksud kerusi. Bila singgahsana dimaksudkan sebagai
penunjuk bagi sesuatu kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya. Bila singgahsana
itu adalah kerusi, penanggungnya ialah kakinya yang menanggungnya, ataupun
sesiapa sahaja yang membawanya di atas galas mereka. Bilangan ditentukan
bagi penanggung singgahsana Arasy. Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat
di dalam dunia ini, dan lapan pada Hari Kebangkitan. Rasulullah s.a.w membacakan,
[Arasy terkandung dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat] Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali, salah seorang yang terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan, "Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat. " Adam dan Israfil dari golongan bentuk; Jibrail dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan Ridwan dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu hanya ada apa yang dinyatakan. Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa yang akan kami nyatakan dalam tajuk ini ialah satu cara, yang membawa makna kerajaan, melaluinya segala manfaat berhubung. "Penanggungnya" mengatur mereka yang menjalankan urusan. Satu pengurus dalam bentuk anasir atau bentuk yang bercahaya; satu pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan satu diuruskan dan dikuasai oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan bentuk anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat kebahagiaan yang boleh dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian. Tajuk ini berdasarkan
empat isu. Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah penyuburan;
dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung. Setiap persoalan ini ada dua
bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka adalah penanggung Arasy,
iaitu apabila yang lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan muncul,
lalu Raja bersemayam di atasnya.
[Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama] Persoalan pertama menyentuh bentuk dan ia mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh beranasir yang mengandungi bentuk tubuh khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal yang bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama yang Allah jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta dalam keagungan Allah. Ia termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat (Universal) dan tubuh yang bercahaya, diciptakan daripada cahaya keagungan berakhir di sana. Tidak ada daripada malaikat ini yang diciptakan melalui cara lain kecuali melalui Diri (an-Nafs) yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang diciptakan selepas malaikat-malaikat ini adalah dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka adalah daripada keturunan sfera-sfera yang daripadanya mereka diciptakan dan padanya mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat anasir. Malaikat darjat terakhir ialah yang diciptakan daripada amalan dan nafas ahli ibadat. Kami akan nyatakannya sedarjat demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya' Allah. Ketahuilah bahawa
telah ada Allah sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa
sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara 'ada-hubungan' yang menunjukkan
perhubungan yang melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah berada
di dalam 'ama' yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia adalah
kenyataan Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya Zat,
seperti dijelaskan oleh firman-Nya,
[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam Catatan dan Rakaman] Bila Allah berkehendak
menciptakan alam catatan dan penulisan, Dia khususkan salah seorang daripada
malaikat Karubiyun. Ia adalah malaikat pertama daripada cahaya itu yang
dinamakan Akal dan Qalam. Ia dikurniakan tajalli dalam tempat di mana ilmu
yang dikurniakan menyata menurut kewujudan yang Dia kehendaki terhadap
makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan batasan. Dengan zatnya, Akal menerima
apa yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi yang yang inginkan kemunculan alam
ciptaan. Daripada Akal ini muncul kewujudan lain yang dipanggil Loh. Dia
perintahkan Qalam agar turun kepadanya dan mengamanahkan kepadanya hanya
apa yang akan berlaku sehingga Hari Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam
360 tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula daripada ia menjadi qalam,
Allah kurniakan kepadanya 360 tajalli atau raqa'iq (berus). Setiap tahun
atau raqa'iq mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap, dan Qalam memperincikannya
dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta sehingga Hari Kebangkitan.
Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan pengetahuan itu kepadanya.
Ini adalah sebahagian daripada alam semulajadi, dan ia adalah ilmu pertama
yang Loh terima mengenai ilmu yang bersangkutan dengan apa yang Allah kehendaki
pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih tepat dikira sebagai semulajadi daripada
diri. Semua itu berada di dalam alam cahaya yang murni.
[Arasy dan malaikat yang menghuninya] Kemudian Allah bawa
kepada kewujudan kegelapan yang murni yang bertentangan dengan cahaya ini,
yang berada dalam keadaan ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan
kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia membawanya kepada kewujudan, cahaya
itu mengalir ke atasanya dengan pengaliran keluar yang perlu dengan bantuan
semulajadi. Maka cahaya memperbaiki keadaannya yang berselerakan dan badan
muncul yang ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-Rahman bersemayam
di atasnya dengan nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang pertama
bagi alam ciptaan. Daripada cahaya yang bercampur itu, yang seumpama cuaca
subuh, Dia ciptakan malaikat yang mengelilingi Singgahsana itu. Inilah
firman-Nya,
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya] Kemudian Dia bawakan
Kursi ke dalam kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya malaikat yang
dari jenisnya. Setiap sfera merupakan asas penghuninya yang diciptakan
di dalamnya sama seperti anasir yang daripadanya penghuninya diciptakan.
Adam diciptakan daripada tanah maka keturunannya menghuni bumi. Dalam Kursi
yang mulia ini, Perkataan dibahagikan kepada rakaman dan pengadilan: ini
adalah dua kaki yang turun daripada Arasy sebagaimana dinyatakan oleh hadis.
Kemudian di dalam Kursi itu Allah ciptakan sfera-sfera, satu di dalam yang
lain. Dalam setiap sfera Dia ciptakan alam daripadanya yang mereka diami,
yang dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang,
dan mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya sehingga Dia
ciptakan bentuk benda-benda (muwalladat).
[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir] Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang bercahaya dan anasir ini yang tidak mempunyai roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk tersebut, Dia kurniakan kenyataan kepada setiap golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul daripada bentuk-bentuk tersebut dan daripada tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah ciptakan roh-roh dan perintahkan mereka menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan mereka ghaib, zat yang satu tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama lain. Mereka berbeza menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya menurut "di mana berada". Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai kerajaan berhubung dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat menyatakan berhubung dengan semua bentuk-bentuk. Kemudian Allah hasilkan
bentuk khayali fizikal melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni)
dan bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala muncul kepada pandangan dalam
tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera yang menyata
itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal ini di dalam tidur, selepas
kematian dan sebelum dibangkitkan - ia adalah bentuk di antara ruang (barzakh).
Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan bawahnya sempit. Bahagian
tertingginya ialah 'ama' dan bahagian terendahnya ialah bumi. Badan-badan
bagi bentuk ini yang mana jin, malaikat dan bahagian batin manusia muncul
adalah arah ke luar semasa tidur dan bentuk-bentuk Taman Syurga. Bentuk
inilah yang menghuni bumi khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk yang
sesuai ini.
[Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk] Kemudian Allah tentukan
penyuburan bagi bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia termasuk dalam persoalan
ketiga. Mereka hidup dengan penyuburan itu. Ia mengandungi penyuburan pancaindera
dan penyuburan maksud. Penyuburan maksud adalah penyuburan ilmu pengetahuan,
tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau suasana. Penyuburan pancaindera sudah
diketahui umum. Ia adalah apa yang bentuk-bentuk itu makan dan minum yang
membawakan maksud kerohanian, iaitu bakat-bakat. Setiap bentuk, samada
yang bercahaya, haiwan atau fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya.
Ia mengambil tempat yang panjang untuk diperincikan di sini.
[Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan] Kemudian Allah kurniakan
kepada setiap alam darjat dalam kebahagiaan dan kecelakaan dan satu setesen;
dan perinciannya tidak terhitung. Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya
kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan, kebahagiaan kerana dipenuhi,
dan kebahagiaan tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan adalah seperti itu dalam
pembahagian apa yang tidak disetujui oleh nafsu, kesempurnaan, kelakuan
(iaitu tidak dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua itu boleh ditangkap oleh
pancaindera dan akal. Bahagiannya yang ditangkap oleh pancaindera berkait
dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan pada dunia ini dan alam kemudian,
dan berkait dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan dalam dunia ini
dan alam kemudian. Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur. Yang
murni berhubung dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan Kediaman
sekarang. Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka dan
yang celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan menjadi
jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka menyatakan
kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di Alam
Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau bagaimanapun, mereka
tidak diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas dalam Alam
Kemudian:
[Penanggung Arasy dalam alam ini dan alam kemudian] Jadi maksud lapan,
iaitu jumlah kerajaan ditunjukkan oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada kamu.
Ini adalah persoalan keempat. Maksud lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan
ini kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya Allah diceritakan. Mereka
ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa, kehendak, pertuturan, pendengaran,
penglihatan, dan kesempurnaan kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang berhubung
dengannya. Pengertian ini mengenai mereka ada hubungan, seperti pendengaran
menyaksikan benda-benda yang didengar dan penglihatan menyaksikan benda-benda
yang dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung di dalam lapan. Empat daripadanya
menyata dalam alam ini: bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada Hari Kebangkitan,
kesemua yang lapan itu akan kelihatan pada pandangan. Allah berfirman,
Bagi Arasy, iaitu
singgahsana, ia kepunyaan Allah dan malaikat-malaikat membawanya di atas
belakang mereka. Hari ini mereka berempat, dan esok mereka berlapan berhubung
dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia berhubung dengan empat yang
menanggungnya kira-kira menyamai apa yang Ibn Masarra katakan. Dikatakan
satunya mempunyai rupa manusia, satu singa, satu helang dan keempatnya
lembu. Itulah yang dilihat dan dikhayalkan oleh Samiri sebagai Tuhan Musa.
Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan berkata,
|
|
|