21: HAJJI KE MEKAH DAN HAJJI ROHANI
KE HAKIKAT HATI
Pekerjaan hajji menurut syariat ialah mengunjungi
ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat berhubung dengan ibadat hajji: memakai
ihram – dua helai kain yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan
duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka’abah
sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa
ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana
sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di
Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran dengan
tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila semua ini dilakukan pekerjaan
hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat kecacatan pada
pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
Bila semua itu telah selesai banyak daripada hubungan keduniaan yang ditegah semasa pekerjaan hajji dibolehkan semula. Sebagai tanda selesainya pekerjaan hajji seseorang itu melakukan tawaf terakhir sekali sebelum kembali kepada kehidupan harian. Ganjaran untuk orang yang mengerjakan hajji
dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya:
Orang yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya. Pekerjaan hajji kerohanian memerlukan persiapan yang besar dan mengumpulkan keperluan-keperluan sebelum memulakan perjalanan. Langkah pertama ialah mencari juru pandu, pembimbing, guru, seorang yang dikasihi, dihormati, diharapkan dan ditaati oleh orang yang mahu menjadi murid itu. Pembimbing itulah yang akan membekalkan murid itu bagi mengerjakan hajji kerohanian, dengan segala keperluannya. Kemudian dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu mengucapkan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” dan mengingati Allah dengan menghayati kalimah tersebut. Dengan ini hati menjadi jaga, menjadi hidup. Ia hendaklah mengingati Allah dan berterusan mengingati Allah sehingga seluruh diri batin menjadi suci bersih daripada selain Allah. Selepas penyucian batin seseorang perlu
menyebutkan nama-nama bagi sifat-sifat Allah yang akan menyalakan cahaya
keindahan dan kemuliaan-Nya. Di dalam cahaya itulah seseorang itu diharapkan
dapat melihat ka’abah bagi hakikat rahsia. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim
a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s melakukan penyucian ini:
Sesungguhnya ka’abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih untuk para pekerja hajji. Betapa lebih lagi kesucian yang perlu dijaga terhadap ka’abah batin yang ke atasnya hakikat akan memancar. Selepas persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh suci, mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan tawaf ka’abah hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- “ALLAH”, nama yang khusus bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan rohani bukan lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah permulaannya. Kemudian ia pergi ke Padang Arafah hati,
tempat batin yang merendahkan diri dan merayu kepada Tuhannya, tempat yang
diharapkan seseorang dapat mengetahui rahsia “La ilaha illa Llah”, “Yang
Maha Esa, tiada sekutu”. Di sana ia berdiri mengucapkan nama ketiga “HU”
– bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana Allah berfirman:
Kemudian dia mengucapkan nama keempat “HAQ”, nama bagi cahaya Zat Allah – dan kemudian nama kelima “HAYYUN” – hidup Ilahi tang darinya hidup yang sementara muncul. Kemudian dia menyatukan nama Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam “QAYYUM” – Yang Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati. Kemudian dia di bawa ke Mina, rahsia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan nama yang ke tujuh “QAHHAR” – Yang Meliputi Semua, Maha Keras. Dengan kekuasaan nama tersebut dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran ditiupkan dan pintu kebatilan diterbangkan. Mengenai tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi s.a.w bersabda, “Iman dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy Allah. Keduanya adalah hijab memisahkan Tuhan daripada pemandangan hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan satu lagi putih”. Kemudian kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan. Dengan membaca nama Ilahi ke lapan “WAHHAB” – Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa syarat – dia memasuki daerah suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama kesembilan “FATTAH” – Pembuka segala yang tertutup. Memasuki ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan diri, hampir dengan Allah, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh daripada segala yang lain, dia mengucapkan nama yang ke sepuluh “WAHID” – Yang Esa, yang tiada tara, tiada sesuatu menyamai-Nya. Di sana dia mula menyaksikan sifat Allah “SAMAD” – Yang menjadi sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa, tanpa bentuk, tidak menyerupai sesuatu. Kemudian tawaf terakhir bermula, tujuh
pusingan yang dalam tempoh tersebut dia mengucapkan enam nama-nama yang
terakhir dan ditambah dengan nama ke sebelas “AHAD” – Yang Esa. Kemudian
dia minum daripada tangan keakraban Allah.
Cawan yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas “SAMAD” – Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong. Dengan meminum dari sumber ini dia melihat
semua tabir tersingkap daripada wajah keabadian. Dia mendongak melihat
kepada-Nya dengan cahaya yang datang daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan,
tiada bentuk, tiada rupa. Ia tidak mampu diterangkan, diibaratkan, alam
yang tidak ada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengarnya
dan tiada hati manusia yang ingat. Kalam Allah tidak didengar dengan bunyi
atau dilihat dengan tulisan. Kesukaan yang tiada hati manusia boleh merasai
ialah kelazatan menyaksikan hakikat Allah dan mendengar percakapan-Nya:
Kemudian pekerja hajji itu dibebaskan daripada
semua perbuatan yang daripada dirinya dan bebas daripada ketakutan dan
dukacita.
Akhirnya tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi. Kemudian pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana Allah ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah. Ketika kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas “SAMAD”, perbendaharaan yang daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu adalah alam kehampiran Allah. Itulah tempat kediaman pekerja hajji batin, dan ke sanalah mereka kembali. Hanya itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi kerana selebih daripada itu tidak boleh disaksikan, tidak dimengerti, tidak mampu difikir atau diterangkan. Nabi s.a.w bersabda, “Ada ilmu yang tinggal tetap seumpama khazanah yang tertanam. Tiada siapa yang boleh mengetahuinya dan tiada siapa boleh mendapatkannya melainkan mereka yang menerima ilmu Ilahi”, tetapi bila diperdengarkan kewujudan ilmu demikian, yang ikhlas tidak menafikannya. Manusia yang memiliki pengetahuan biasa
mengumpulkan apa yang boleh dikumpulkan di permukaan. Orang yang memiliki
ilmu ketuhanan mengeluarkan dasarnya. Hikmah kebijaksanaan orang arif adalah
sebenar-benar rahsia bagi Allah Yang Maha Tinggi. Tiada siapa yang tahu
apa yang Dia tahu kecuali Dia sendiri.
Mereka yang dirahmati, yang dikurniakan
sebahagian ilmu-Nya adalah nabi-nabi dan kekasih-Nya yang berjuang untuk
datang hampir kepada-Nya. Firman-Nya:
Dan Allah paling mengetahui.
|
|
|