14: KEBAHAGIAAN KERANA BERAMAL SALIH
DAN KESENGSARAAN KERANA INGKAR
Kamu patut tahu bahawa manusia akan termasuk
kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama ialah yang berada
dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan kepada Allah,
sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan
kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan. Kedua-dua nilai, ketaatan
dan keingkaran, ada di dalam diri seseorang. Jika kesucian, kebaikan dan
keikhlasan lebih menguasai, sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar
menjadi suasana kerohanian dan bahagian diri yang ingkar akan dikalahkan
oleh bahagian diri yang baik. Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa
nafsu yang rendah dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat ingkar akan menguasai
bahagian diri yang satu lagi untuk menjadikannya ingkar dan jahat. Jika
kedua-dua sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat diharapkan yang baik
itu boleh menang, sebagaimana yang dijanjikan:
Dan jika Allah kehendaki ditambah-Nya lagi
ganjaran atas kebaikan. Namun orang yang kebajikan dan kejahatannya sama
banyak mesti lulus perbicaraan pada hari pembalasan. Orang yang berjaya
mengubah sifat mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu
yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada catatan
akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki syurga tanpa melalui huru hara
hari kiamat.
Orang yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan dihukum menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan daripada neraka, jika dia beriman, dan akan masuk syurga. Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat”. Telah menjadi ketentuan bahawa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di dalam bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa di dalam kandungan ibunya”. Begitulah keadaannya dan tiada siapa yang berhak berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk dibincangkan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia akan membawa kepada bidaah dan kekufuran. Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk membuang segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati’. Atau berkata, ‘Jika aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan’. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar mengatakan, ‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku sekarang’. Contoh yang baik diberikan kepada kita adalah perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada keampunan dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan memohon keampunan, menerima keampunan dari Allah dan diselamatkan. Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang beriman untuk tidak cuba memahami sebab-sebab yang tersimpan di dalam takdir. Orang cuba berbuat demikian akan menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa melainkan keraguan. Bahkan dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang yang beriman mestilah mempercayai kepada kebijaksanaan Allah yang mutlak. Segala yang manusia lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia ini mesti ada alasan tetapi alasan itu bukan untuk difahami melalui lojik manusia kerana ia berdasarkan kebijaksanaan Tuhan. Di dalam kehidupan ini bila kamu temui pencacian terhadap Tuhan, kemunafikan, keingkaran, penipuan dan lain-lain yang jahat, jangan biarkan perkara-perkara tersebut menggoncangkan iman kamu. Ketahuilah Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak bertanggungjawab kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang kelihatan sebagai tidak baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya yang mutlak. Penzahiran kekuasaan yang demikian mungkin menyebabkan ada orang yang tidak tertahan dan menganggapnya sebagai tidak baik tetapi ada rahsia besar di sebaliknya yang tiada makhluk yang tahu melainkan Rasulullah s.a.w. Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, “Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu”. Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, “Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”. Hamba yang beriman itu berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah, aku berdosa”. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu”. Biar mereka yang beriman tahu dan bersyukur
yang segala kebaikan yang mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui
mereka, kejayaan datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka
tahu bahawa kesalahan mereka datangnya dari diri mereka sendiri, kepunyaan
mereka dan mereka boleh bertaubat. Kesalahan datangnya dari keegoan mereka
yang batil. Jika kamu memahami ini dan mengingatinya kamu termasuk ke dalam
golongan yang disebut Allah:
Adalah baik bagi orang yang beriman mengakui yang dirinya sendirilah punca semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya. Itu lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan dirinya kepada Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta semua perkara. Bila Nabi s.a.w bersabda, “Telah
diketahui bila seseorang itu berada di dalam kandungan ibunya samada dia
akan menjadi baik atau pendosa” baginda maksudkan ‘dalam kandungan
ibu’ itu adalah empat anasir yang melahirkan semua kekuatan atau tenaga
dan kebolehan lahiriah. Dua daripada anasir tersebut adalah tanah dan air
yang bertanggungjawab kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan
kehidupan dan lahir dalam hati sebagai tawaduk (kerendahan diri). Dua anasir
lain ialah api dan angin yang bertentangan dengan tanah dan air – membakar,
membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan yang menyatukan anasir-anasir yang berlawanan
dan berbeza menjadi satu. Bagaimana air dan api boleh wujud bersama? Bagaimana
cahaya dan kegelapan boleh terkandung di dalam awan?
Pertentangan termasuk pada, dan sebenarnya keperluan bagi, memahami sifat-sifat Allah. Dengan menghadapkan diri kepada hakikat Ilahi seseorang menjadi cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga sifat Yang Maha Perkasa dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung seluruh alam maya. Sebab itu dia dipanggil penggabung yang banyak. Allah menciptakan manusia dengan dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya dan tangan keperkasaan-Nya, keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia adalah cermin yang menunjukkan kedua-dua belah, yang kasar serta tebal dan yang halus serta indah. Semua nama-nama Ilahi menyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya sebelah sahaja. Allah menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya. Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana itu iblis menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud kepada Adam dia ingkar. Oleh kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam tinggi dan rendah, dan Allah telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya dari kalangan manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan. Nabi-nabi dipelihara dari dosa-dosa besar tetapi kesilapan kecil harus berlaku pada mereka. Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah perlindungan Tuhan daripada dosa-dosa besar. Syaqiq al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi). Tanda-tanda pendosa juga lima; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada rasa atau gerak hati”. Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada
orang yang baik-baik, “Boleh dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan
kepadanya dan mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong.
Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain”.
Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, “Tidak
boleh dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir
janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan menyakitkan
hati orang lain”. Seterusnya pendosa
tidak dapat memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan
menjadi tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya:
Perintah ‘maafkanlah’ bukan hanya tertuju
kepada Rasulullah s.a.w seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu
sahaja termasuk mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan
‘maafkanlah’ bermakna jadikan tabiat memafkan, jadikan sifat atau peribadi.
Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah –
ar-Rauf – Yang Memaafkan.
Ketahuilah ketaatan kepada Allah bertukar menjadi ingkar, kejahatan dan dosa menjadi kebaikan, tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan rangsangan, pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri. Nabi s.a.w bersabda, “Semua anak dilahirkan muslim. Ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Setiap orang ada bakat untuk menjadi baik atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat baik dan buruk dalam masa yang sama. Jadi, adalah salah menghukum seseorang atau sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk. Tetapi benar jika dikatakan seseorang itu lebih banyak kebaikannya daripada kejahatannya ataupun sebaliknya. Ini bukan bermakna manusia masuk syurga
tanpa amalan baik, juga bukan dia dihantar ke neraka tanpa amalan buruk.
Berfikir cara demikian bertentangan dengan prinsip Islam. Allah menjanjikan
syurga kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih dan diancam-Nya
orang-orang yang berdosa dengan azab neraka.
"Di hari ini dibalas setiap jiwa dengan apa yang dia telah usahakan. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat menghitung”. (Surah Mukmin, ayat 17). "Kerana apa juga
amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu nanti kamu dapati (ganjaran)nya
di sisi Allah”. (Surah Baqaraah, ayat 110).
|
|
|