Make your own free website on Tripod.com
 
  13:  PENANGGUNG ARASY


[Mengenai Penanggung Arasy]

Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya -
kenyataan ini mudah dimengerti.

Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya
sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan?

Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan
tiada apa lagi yang pembahagian aturkan.

Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan.

Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat,
dan tiada kesalahan pada mereka:

Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam
dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail,

Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini -
mendapat kekuatan daripada "La ilah illa Llah".
 

[Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab]

Semoga Allah membantu wali-Nya! Ketahuilah dalam bahasa Arab singgahsana membawa maksud sesuatu yang menunjukkan kepada kewujudan kerajaan. Dikatakan, "Singgahsana raja diruntuhkan," bila berlaku kekacauan di dalam kerajaannya. Singgahsana (takhta) juga membawa maksud kerusi. Bila singgahsana dimaksudkan sebagai penunjuk bagi sesuatu kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya. Bila singgahsana itu adalah kerusi, penanggungnya ialah kakinya yang menanggungnya, ataupun sesiapa sahaja yang membawanya di atas galas mereka. Bilangan ditentukan bagi penanggung singgahsana Arasy. Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat di dalam dunia ini, dan lapan pada Hari Kebangkitan. Rasulullah s.a.w membacakan, 
"Pada hari itu lapan akan membawa Arasy Tuhan kamu" (69:17)
dan kemudian baginda bersabda, "Kini mereka adalah empat," maksudnya dalam dunia ini. Firman Allah, "Pada hari itu mereka menjadi lapan", bermaksud Hari Kebangkitan.
 
 

[Arasy terkandung dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat]

Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali, salah seorang yang terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan, "Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat. " Adam dan Israfil dari golongan bentuk; Jibrail dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan Ridwan dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu hanya ada apa yang dinyatakan. Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa yang akan kami nyatakan dalam tajuk ini ialah satu cara, yang membawa makna kerajaan, melaluinya segala manfaat berhubung. "Penanggungnya" mengatur mereka yang menjalankan urusan. Satu pengurus dalam bentuk anasir atau bentuk yang bercahaya; satu pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan satu diuruskan dan dikuasai oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan bentuk anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat kebahagiaan yang boleh dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian.

Tajuk ini berdasarkan empat isu. Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah penyuburan; dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung. Setiap persoalan ini ada dua bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka adalah penanggung Arasy, iaitu apabila yang lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan muncul, lalu Raja bersemayam di atasnya.
 

[Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama]

Persoalan pertama menyentuh bentuk dan ia mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh beranasir yang mengandungi bentuk tubuh khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal yang bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama yang Allah jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta dalam keagungan Allah. Ia termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat (Universal) dan tubuh yang bercahaya, diciptakan daripada cahaya keagungan berakhir di sana. Tidak ada daripada malaikat ini yang diciptakan melalui cara lain kecuali melalui Diri (an-Nafs) yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang diciptakan selepas malaikat-malaikat ini adalah dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka adalah daripada keturunan sfera-sfera yang daripadanya mereka diciptakan dan padanya mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat anasir. Malaikat darjat terakhir ialah yang diciptakan daripada amalan dan nafas ahli ibadat. Kami akan nyatakannya sedarjat demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya' Allah.

Ketahuilah bahawa telah ada Allah sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara 'ada-hubungan' yang menunjukkan perhubungan yang melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah berada di dalam 'ama' yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia adalah kenyataan Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya Zat, seperti dijelaskan oleh firman-Nya, 
"Allah adalah cahaya langit dan bumi" (24:35)
Bila 'ama' itu diwarnai oleh cahaya, Dia bukakan dalamnya rupa malaikat yang terpukau oleh kecintaan yang di atas daripada badan alam semulajadi. Tidak ada singgahsana atau malaikat yang mendahului mereka. Bila Dia bawa mereka kepada kewujudan, Dia berikan mereka kenyataan. Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan kepada mereka, dan yang tidak kelihatan itu menjadi roh mereka, iaitu bagi rupa-bentuk itu. Dia berikan kepada mereka kenyataan dalam Nama-Nya, Yang Maha Indah, lalu mereka kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan dalam keagungan keindahan-Nya, dan mereka tidak pulih daripadanya.
 

[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam Catatan dan Rakaman]

Bila Allah berkehendak menciptakan alam catatan dan penulisan, Dia khususkan salah seorang daripada malaikat Karubiyun. Ia adalah malaikat pertama daripada cahaya itu yang dinamakan Akal dan Qalam. Ia dikurniakan tajalli dalam tempat di mana ilmu yang dikurniakan menyata menurut kewujudan yang Dia kehendaki terhadap makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan batasan. Dengan zatnya, Akal menerima apa yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi yang yang inginkan kemunculan alam ciptaan. Daripada Akal ini muncul kewujudan lain yang dipanggil Loh. Dia perintahkan Qalam agar turun kepadanya dan mengamanahkan kepadanya hanya apa yang akan berlaku sehingga Hari Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam 360 tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula daripada ia menjadi qalam, Allah kurniakan kepadanya 360 tajalli atau raqa'iq (berus). Setiap tahun atau raqa'iq mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap, dan Qalam memperincikannya dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta sehingga Hari Kebangkitan. Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan pengetahuan itu kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada alam semulajadi, dan ia adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai ilmu yang bersangkutan dengan apa yang Allah kehendaki pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih tepat dikira sebagai semulajadi daripada diri. Semua itu berada di dalam alam cahaya yang murni.
 
 

[Arasy dan malaikat yang menghuninya]

Kemudian Allah bawa kepada kewujudan kegelapan yang murni yang bertentangan dengan cahaya ini, yang berada dalam keadaan ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia membawanya kepada kewujudan, cahaya itu mengalir ke atasanya dengan pengaliran keluar yang perlu dengan bantuan semulajadi. Maka cahaya memperbaiki keadaannya yang berselerakan dan badan muncul yang ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-Rahman bersemayam di atasnya dengan nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang pertama bagi alam ciptaan. Daripada cahaya yang bercampur itu, yang seumpama cuaca subuh, Dia ciptakan malaikat yang mengelilingi Singgahsana itu. Inilah firman-Nya, 
"Kamu akan lihat malaikat mengelilingi Arasy sambil membesar dan memuji Tuhan mereka" (39:75)
Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali mengelilingi Arasy, membesar dan memuji-Nya. Kami telah terangkan tentang penciptaan alam maya dalam buku kami, 'Uqla al-Mustawfiz. Kami gunakan prinsip berkenaan dalam tajuk ini.
 

[Kursi dan malaikat yang mendiaminya]

Kemudian Dia bawakan Kursi ke dalam kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya malaikat yang dari jenisnya. Setiap sfera merupakan asas penghuninya yang diciptakan di dalamnya sama seperti anasir yang daripadanya penghuninya diciptakan. Adam diciptakan daripada tanah maka keturunannya menghuni bumi. Dalam Kursi yang mulia ini, Perkataan dibahagikan kepada rakaman dan pengadilan: ini adalah dua kaki yang turun daripada Arasy sebagaimana dinyatakan oleh hadis. Kemudian di dalam Kursi itu Allah ciptakan sfera-sfera, satu di dalam yang lain. Dalam setiap sfera Dia ciptakan alam daripadanya yang mereka diami, yang dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang, dan mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk benda-benda (muwalladat).
 

[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir]

Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang bercahaya dan anasir ini yang tidak mempunyai roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk tersebut, Dia kurniakan kenyataan kepada setiap golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul daripada bentuk-bentuk tersebut dan daripada tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah ciptakan roh-roh dan perintahkan mereka menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan mereka ghaib, zat yang satu tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama lain. Mereka berbeza menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya menurut "di mana berada". Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai kerajaan berhubung dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat menyatakan berhubung dengan semua bentuk-bentuk.

Kemudian Allah hasilkan bentuk khayali fizikal melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni) dan bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala muncul kepada pandangan dalam tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera yang menyata itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal ini di dalam tidur, selepas kematian dan sebelum dibangkitkan - ia adalah bentuk di antara ruang (barzakh). Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan bawahnya sempit. Bahagian tertingginya ialah 'ama' dan bahagian terendahnya ialah bumi. Badan-badan bagi bentuk ini yang mana jin, malaikat dan bahagian batin manusia muncul adalah arah ke luar semasa tidur dan bentuk-bentuk Taman Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk yang sesuai ini.
 

[Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk]

Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia termasuk dalam persoalan ketiga. Mereka hidup dengan penyuburan itu. Ia mengandungi penyuburan pancaindera dan penyuburan maksud. Penyuburan maksud adalah penyuburan ilmu pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau suasana. Penyuburan pancaindera sudah diketahui umum. Ia adalah apa yang bentuk-bentuk itu makan dan minum yang membawakan maksud kerohanian, iaitu bakat-bakat. Setiap bentuk, samada yang bercahaya, haiwan atau fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya. Ia mengambil tempat yang panjang untuk diperincikan di sini.
 

[Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan]

Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam darjat dalam kebahagiaan dan kecelakaan dan satu setesen; dan perinciannya tidak terhitung. Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan, kebahagiaan kerana dipenuhi, dan kebahagiaan tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan adalah seperti itu dalam pembahagian apa yang tidak disetujui oleh nafsu, kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua itu boleh ditangkap oleh pancaindera dan akal. Bahagiannya yang ditangkap oleh pancaindera berkait dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan pada dunia ini dan alam kemudian, dan berkait dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan dalam dunia ini dan alam kemudian. Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur. Yang murni berhubung dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan Kediaman sekarang. Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka dan yang celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan menjadi jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka menyatakan kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di Alam Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau bagaimanapun, mereka tidak diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas dalam Alam Kemudian:
"Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai mereka yang berdosa, pada hari ini!" (35:59).
Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan dengan hubungan yang tidak akan putus ataupun berubah.
 

[Penanggung Arasy dalam alam ini dan alam kemudian]

Jadi maksud lapan, iaitu jumlah kerajaan ditunjukkan oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada kamu. Ini adalah persoalan keempat. Maksud lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan ini kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya Allah diceritakan. Mereka ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa, kehendak, pertuturan, pendengaran, penglihatan, dan kesempurnaan kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang berhubung dengannya. Pengertian ini mengenai mereka ada hubungan, seperti pendengaran menyaksikan benda-benda yang didengar dan penglihatan menyaksikan benda-benda yang dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung di dalam lapan. Empat daripadanya menyata dalam alam ini: bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada Hari Kebangkitan, kesemua yang lapan itu akan kelihatan pada pandangan. Allah berfirman,
"Pada hari itu lapan akan menangung di atas mereka Arasy Tuhan kamu" (69:17).
Rasulullah s.a.w bersabda, "Kini mereka berempat". Inilah penjelasan mengenai Arasy sebagai Kerajaan.

Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia kepunyaan Allah dan malaikat-malaikat membawanya di atas belakang mereka. Hari ini mereka berempat, dan esok mereka berlapan berhubung dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia berhubung dengan empat yang menanggungnya kira-kira menyamai apa yang Ibn Masarra katakan. Dikatakan satunya mempunyai rupa manusia, satu singa, satu helang dan keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan dikhayalkan oleh Samiri sebagai Tuhan Musa. Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan berkata,
"Inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa" (20:88)
menurut kisahnya. Allah menceritakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar.



 
TAJUK 19
KANDUNGAN