3: PERMULAAN PENCIPTAAN
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan. Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya
menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis
Qudsi Dia berfirman:
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad
s.a.w dengan sabdanya: “Mula-mula Allah ciptakan
ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan
itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang
Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan
nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi
di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf. Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya. Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya
Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan
makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun
kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan,
alam jirim dan badan.
Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat
ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi
keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat
Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal).
Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan
‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat.
Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun
kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka
menjadi ‘roh manusia’. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang
berdaging, berdarah.
Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan
roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun
masuk.
Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka
lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada
tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber
kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya.
Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul
kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.
Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman. Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan
suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir
di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan
kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata
manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan
manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan
keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:
Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”. Pandangan yang jelas (basirah) datangnya
daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang
yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam
dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang
itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi
pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.
Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak. Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan
saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu
akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya.
Berusaha dan berjuanglah. Allah memerintahkan:
Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu. Baginda s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda, “Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”. Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syarikat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syarikat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat). “Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu. Antara dua itu ada dinding yang kedua-duanya tidak mampu melewatinya”. (Surah Imraan, ayat 19 & 20). Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran
atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan
melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara
tersebut tidak mungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan
penyembahan memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syarikat dan makrifat.
Allah berfirman tentang ibadat:
Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku’. Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya? Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga bercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada rahsia cermin hati. Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman
melalui rasul-Nya:
Tujuan suci diciptakan manusia ialah supaya mereka mengenali Allah, memperolehi makrifat. Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang
itu perlu mengenali sifat-sifat Allah dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan
atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut. Satu lagi ialah mengenali Zat
Allah. Di dalam mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat
menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Makrifat yang memimpin
kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan diri zahir manusia. Ia terjadi
di dalam jiwa atau roh suci manusia yang berada di dalam dirinya yang zahir
ini.
Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka. Kedua-dua makrifat tersebut diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek; hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan zahir tentang benda-benda nyata. Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan. Nabi s.a.w bersabda, “Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita”. Pada peringkat permulaannya seseorang itu
memerlukan pengetahuan syarikat. Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan
dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam alam sifat-sifat
dan nama-nama ini. Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran
pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk
ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat).
Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya
yang tidak dipersetujui oleh syariat malah, kesilapan di dalam melakukan
perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan
dengan cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan
ini boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara
yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan yang
bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah di dalam beramal
agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan
kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah,
demi mencari keredaan-Nya. Allah berfirman:
Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana. Di samalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik. Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama. Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah “La ilaha illah Llah”. Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati. Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang
demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam
hati, dibela dan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan seperti ibu,
melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya. Jika anak-anak
diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan
makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati
adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi
biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian
dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat
ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah
yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi
hati.
Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia. Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah. Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana
demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w, “Ada masa aku dengan Allah di
mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus”. Maksud
‘nabi’ di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah
s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci
Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana kerohanian itu baginda
s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak
berkesempatan menghijabkannya dengan Allah. Baginda s.a.w menggambarkan
lagi suasana demikian, “Ada syurga Allah yang
tidak ada mahligai dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang
di dalamnya seseorang hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci”.
Allah s.w.t berfirman:
Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang
makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar
menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:
Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w
pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan
jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.
|
|
|